Assalamualaikum,
Nampak kad jemputan kat atas tu? Tu la job kami yang kedua. Datang agak tiba-tiba dan tempahan pulak utk 1000 kon. Terkial-kial gak la nak buat aiskrim...hehehe.
Sewaktu tiba di rumah Encik Puniran, cuaca agak mendung dan tiba-tiba gerimis. Kami pulak belum lagi mempunyai kanopi sendiri. Yang ada cuma payung...payung pulak terbawak payung yg untuk cantik je, kalau ujan kuyup...hahaha. Tapi alhamdulillah, gerimis cuma seketika.
Jemputan Encik Puniran ni ramai jugak, tetamu datang tak putus-putus. 1000 kon selesai dalam masa hampir 3 jam juga. Jari-jariku mmg sakit semua...nasib la ada 2 orang yang bertugas untuk aiskrim. Walaubagaimana pun kami rasa puas sebab ramai tetamu yang memuji kesedapan aiskrim homemade kami. Rasa bersemangat untuk memperbaiki tekstur dan rasa aiskrim buatan kami. Takpe, pelan-pelan kayuh...kami pun masih baru dan masih byk ruang untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan kami...insyaAllah.
Inilah pengantin-pengantinnya. Sweetkan pelamin dorang.
Siapa cakap budak-budak je suka aiskrim...hehehe
No comments:
Post a Comment