Agak jauh perjalanan kami kali ni tapi memandangkan ini adalah undangan dan tempahan dari seorang sahabat baik, maka kami terima jua. Lagipun ini peluang untuk kami melebarkan sayap ke Negeri Sembilan pula sebab memang ada perancangan untuk balik kampung...hehehe. Kali ni kami pergi seisi keluarga...inilah dikatakan sambil menyelam minum air.
Majlis agak sederhana tapi dalam keadaan mesra dan meriah dengan persembahan karaoke oleh saudara-mara dan sahabat handai tuan rumah. Semasa karaoke, tiba-tiba hujan turun agak lebat...itu lah, nyanyi tak hingat sampai hujan daaaa...hahaha.
Katering di Selaru adalah katering penutup bagi tahun 2016. Doakan agar kami terus berjaya untuk tahun 2017 dan tahun-tahun yang seterusnya...aamin.
Inilah sahabat saya bersama anak & anak2 saudara.
No comments:
Post a Comment