Tuesday, 24 January 2017

UNTUK TEMPAHAN


Terma & Syarat Tempahan :

1. Tempahan perlu dibuat selewat-lewatnya seminggu sebelum majlis berlangsung.
2. Deposit RM100 diperlukan utk pengesahan tempahan. 
3. Baki bayaran perlu dijelaskan selewat-lewatnya pada hari majlis berlangsung.

No.Akaun : 018 201200498 5
Bank.         : AmIslamik Bank
Nama.       : ADC Murni Enterprise



Nama.             :
No HP.            :
Tarikh Majlis  : 
Waktu.             :
Alamat.           :
                        :
                       :
Pakej Pilihan  :
Perasa Aiskrim :
  • - Vanila
  • - Coklat
  • - Strawberi
  • - Jagung
  • - Durian
  • - Keladi
  • - Kelapa Pandan
  • - Epal Hijau



25 DIS 2016 (Kg Selaru, Kuala Pilah)

   Agak jauh perjalanan kami kali ni tapi memandangkan ini adalah undangan dan tempahan dari seorang sahabat baik, maka kami terima jua. Lagipun ini peluang untuk kami melebarkan sayap ke Negeri Sembilan pula sebab memang ada perancangan untuk balik kampung...hehehe. Kali ni kami pergi seisi keluarga...inilah dikatakan sambil menyelam minum air.

   Majlis agak sederhana tapi dalam keadaan mesra dan meriah dengan persembahan karaoke oleh saudara-mara dan sahabat handai tuan rumah. Semasa karaoke, tiba-tiba hujan turun agak lebat...itu lah, nyanyi tak hingat sampai hujan daaaa...hahaha.

   Katering di Selaru adalah katering penutup bagi tahun 2016. Doakan agar kami terus berjaya untuk tahun 2017 dan tahun-tahun yang seterusnya...aamin.




Inilah sahabat saya bersama anak & anak2 saudara.








24 DIS 2016 (Dewan Tun Sulaiman Ninam Shah, Muar)


Majlis berlangsung di Dewan Tun Sulaiman Ninam Shah, Jalan Joned, Muar dalam suasana yang meriah. Ashekeen merupakan jurulatih taekwondo untuk Kelab Scorpian, Muar, maka adalah persembahan istimewa taekwondo oleh anak-anak muridnya. 




Pengantin sedang menyaksikan persembahan taekwondo.




Persembahan taekwondo oleh Kelab Scorpian Muar.



Sama cantik, sama padan. Bagaikan pinang di belah dua.

17 DIS 2016 (Pt Bulat, Muar)


Bersama-sama memeriahkan hari berbahagia Mohd Zakir & Hidayah di Pt Bulat, Muar. Pasangan yang sporting dan sepadan. Doa kami semoga kedua-duanya akan kekal bahagia hingga ke Jannah.





Sempat senyum sebelum makan aiskrim...hehehe

Menikmati aiskrim....yum yums





Wahhh...ada aiskrim special untuk pengantin....

4 DIS 2016 (Serom 5, Sg Mati, Tangkak)

4 Disember 2016, kami telah dijemput untuk sama-sama memeriahkan majlis meraikan cinta antara Fuad & Raudhah di Serom 5, Tangkak. Tempahan sebanyak 700 kon oleh pengantin lelaki yang segak bergaya...hehehe. 




Kita minum dulu...

Dikerumuni anak-anak kecil

Disukai anak-anak remaja

Diminati orang-orang dewasa juga...hehehe


26 NOV (Dewan Serbaguna, PESTA, Muar)


Majlis Persandingan Hartini & Nassir di Dewan Serbaguna, PESTA, Muar. Jomlah layan gambar-gambar  :-D





Adik ni memang win, dia tak minta pun aiskrim tapi dia duduk tepi stall & tengok je. 
Bila tanya "nak lagi ke", dia terus dtg ambil aiskrim. Tanpa henti, dia makan lebih
10 kon aiskrim...win ke tak win??? 



Haaa...inilah pengantin barunya...merah menyala...hehehe




6 NOV 2016 (Tmn Perdana, Muar)



Assalamualaikum,

   Nampak kad jemputan kat atas tu? Tu la job kami yang kedua. Datang agak tiba-tiba dan tempahan pulak utk 1000 kon. Terkial-kial gak la nak buat aiskrim...hehehe.

   Sewaktu tiba di rumah Encik Puniran, cuaca agak mendung dan  tiba-tiba gerimis. Kami pulak belum lagi mempunyai kanopi sendiri. Yang ada cuma payung...payung pulak terbawak payung yg untuk cantik je, kalau ujan kuyup...hahaha. Tapi alhamdulillah, gerimis cuma seketika. 

   Jemputan Encik Puniran ni ramai jugak, tetamu datang tak putus-putus. 1000 kon selesai dalam masa hampir 3 jam juga. Jari-jariku mmg sakit semua...nasib la ada 2 orang yang bertugas untuk aiskrim. Walaubagaimana pun kami rasa puas sebab ramai tetamu yang memuji kesedapan aiskrim homemade kami. Rasa bersemangat untuk memperbaiki tekstur dan rasa aiskrim buatan kami. Takpe, pelan-pelan kayuh...kami pun masih baru dan masih byk ruang untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan kami...insyaAllah.


   
Inilah pengantin-pengantinnya. Sweetkan pelamin dorang.


Siapa cakap budak-budak je suka aiskrim...hehehe




Monday, 23 January 2017

2 OKT 2016 (Pt Penghulu, Melaka)

Assalamualaikum,

     Hari ini 2 Oktober 2016, job kami yang pertama. Agak berdebar-debar sebab tak tau mcmana keadaannya nanti. Harap-harap semua berjalan dengan baik. Dapat job ni pun sebab kawan yang sama-sama menghadiri Seminar Aiskrim aritu. Terima kasih, Leny. Jasamu ku kenang...hehehe.


Ni la dia pengantinnya, Rafaie & Hafizah.


Pakcik Koboi sedang beraksi buat pertama kalinya..hehehe.

 Sewaktu kami sampai di tempat kejadian, tetamu dah pun ramai yang datang. Dengan malu-malu, kami memasang stall. Berpeluh beb, dah la 1st time...byk pulak mata yang memandang dengan penuh tanda tanya. 

Buka je 'jualan' terus kena serbu...500 kon aiskrim selesai dalam masa tak sampai 2 jam. Pakcik Koboi sakit jari skop aiskrim tanpa henti. Ingat senang ke nak skop 500 kon..hehehe.

Alhamdulillah, job pertama selesai dengan jayanya. Feedback dari para tetamu pn memberangsangkan.



So, sesiapa yang nak rasa aiskrim homemade yang sedap ni (ecewahh) boleh la contact kami untuk tempahan segera. Lambat2 nnt melepas plak...ngeeeeee