Saturday, 18 August 2018

18 OGOS 2018 - MAJLIS PERSANDINGAN AMEERA & SYAWAL (PT NO 7, SEMERAH)

Assalamualaikum semua,

    Ya Allah!! Lamanya tak datang menjenguk di sini sampai bersawang....hahahahaha. Last update Disember 2016, 2017 langsung tak jenguk2, 2018 pun dah nak sampai ke penghujungnya....hadoyyy...hehehe.

  Sebenarnya hakak busy yang teramat sampai terlupa pasal blog ni...sempat update kat FB jer. IG.
hakak pun bersawang gak...

Oklah...meh hakak share job pada hari ni...date yang sgt syantik...18082018!!!

Meh ler visit fb hakak kalau2 nak tau lebih lanjut :

Beratur...beratur...


Haaaa.....ni la perantinnye...hehehe
Ameera & Syawal....hakak doakan korang bahagia melayari hidup berumahtangga.




Tuesday, 24 January 2017

UNTUK TEMPAHAN


Terma & Syarat Tempahan :

1. Tempahan perlu dibuat selewat-lewatnya seminggu sebelum majlis berlangsung.
2. Deposit RM100 diperlukan utk pengesahan tempahan. 
3. Baki bayaran perlu dijelaskan selewat-lewatnya pada hari majlis berlangsung.

No.Akaun : 018 201200498 5
Bank.         : AmIslamik Bank
Nama.       : ADC Murni Enterprise



Nama.             :
No HP.            :
Tarikh Majlis  : 
Waktu.             :
Alamat.           :
                        :
                       :
Pakej Pilihan  :
Perasa Aiskrim :
  • - Vanila
  • - Coklat
  • - Strawberi
  • - Jagung
  • - Durian
  • - Keladi
  • - Kelapa Pandan
  • - Epal Hijau



25 DIS 2016 (Kg Selaru, Kuala Pilah)

   Agak jauh perjalanan kami kali ni tapi memandangkan ini adalah undangan dan tempahan dari seorang sahabat baik, maka kami terima jua. Lagipun ini peluang untuk kami melebarkan sayap ke Negeri Sembilan pula sebab memang ada perancangan untuk balik kampung...hehehe. Kali ni kami pergi seisi keluarga...inilah dikatakan sambil menyelam minum air.

   Majlis agak sederhana tapi dalam keadaan mesra dan meriah dengan persembahan karaoke oleh saudara-mara dan sahabat handai tuan rumah. Semasa karaoke, tiba-tiba hujan turun agak lebat...itu lah, nyanyi tak hingat sampai hujan daaaa...hahaha.

   Katering di Selaru adalah katering penutup bagi tahun 2016. Doakan agar kami terus berjaya untuk tahun 2017 dan tahun-tahun yang seterusnya...aamin.




Inilah sahabat saya bersama anak & anak2 saudara.








24 DIS 2016 (Dewan Tun Sulaiman Ninam Shah, Muar)


Majlis berlangsung di Dewan Tun Sulaiman Ninam Shah, Jalan Joned, Muar dalam suasana yang meriah. Ashekeen merupakan jurulatih taekwondo untuk Kelab Scorpian, Muar, maka adalah persembahan istimewa taekwondo oleh anak-anak muridnya. 




Pengantin sedang menyaksikan persembahan taekwondo.




Persembahan taekwondo oleh Kelab Scorpian Muar.



Sama cantik, sama padan. Bagaikan pinang di belah dua.

17 DIS 2016 (Pt Bulat, Muar)


Bersama-sama memeriahkan hari berbahagia Mohd Zakir & Hidayah di Pt Bulat, Muar. Pasangan yang sporting dan sepadan. Doa kami semoga kedua-duanya akan kekal bahagia hingga ke Jannah.





Sempat senyum sebelum makan aiskrim...hehehe

Menikmati aiskrim....yum yums





Wahhh...ada aiskrim special untuk pengantin....

4 DIS 2016 (Serom 5, Sg Mati, Tangkak)

4 Disember 2016, kami telah dijemput untuk sama-sama memeriahkan majlis meraikan cinta antara Fuad & Raudhah di Serom 5, Tangkak. Tempahan sebanyak 700 kon oleh pengantin lelaki yang segak bergaya...hehehe. 




Kita minum dulu...

Dikerumuni anak-anak kecil

Disukai anak-anak remaja

Diminati orang-orang dewasa juga...hehehe


26 NOV (Dewan Serbaguna, PESTA, Muar)


Majlis Persandingan Hartini & Nassir di Dewan Serbaguna, PESTA, Muar. Jomlah layan gambar-gambar  :-D





Adik ni memang win, dia tak minta pun aiskrim tapi dia duduk tepi stall & tengok je. 
Bila tanya "nak lagi ke", dia terus dtg ambil aiskrim. Tanpa henti, dia makan lebih
10 kon aiskrim...win ke tak win??? 



Haaa...inilah pengantin barunya...merah menyala...hehehe